MENGGEREK
Operasi menggerek adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi. Lubang yang telah digerudi biasanya tidak sepusat dan saiz lubang luga tidak begitu tepat. Ini berlaku kerana semasa menggerudi, mata gerudi kadangkala menyeleweng apabila menemui bintik-bintik keras (hard spots) dan lubang-lubang pasir (sand holes). Untuk menghasilkan satu lubang yang lebih persis, berlokasi sepusat dengan bahan kerja dan mempunyai penyudahan yang licin, lubang tersebut perlu digerek dan kemudian diulas kesaiz yang tepat. Berikut adalah langkah pengendalian operasi menggerek :
a. Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin ( 1mm hingga 2mm.
b. Batang penggerek disetkan selari dengan arah hantaran yang diberikan.
c. Pemilihan dan kadar hantaran bergantung pada saiz lubang, bahan yang hendak digerek, jenis bahan mata alat dan ketegaran persediaan operasi tersebut.
Teknik dan kaedah menggerek secara konvensional akan mengalami tekanan keatas mata alat menggerek yang boleh menyebabkan bahan kerja terangkat, oleh yang demikian laraskan panjang batang mata penggerek sependek mungkin.
MENGGERUDI DIMESIN PELARIK
Bahan kerja yang dipegang pada cuk atau yang telah dipasang pada plat permukaan boleh digerudi dengan cepat dan tepat. Mata gerudi yang bertangkai turus boleh dipegang pada cuk gerudi dan dipasang pada tirusan dalam spindal alatan belakang. Berikut adalah langkah-langkah kerja menggerudi dimesin pelarik :
a. Buat penjajaran supaya tetengah hidup dan tetengah mati selari dengan paksi mesin.
b. Pasang bahan kerja .yang telah ditampang pada cuk mesin.
c. Gerudi lubang permulaan dengan lubang pusat.
d. Pasang gerudi yang tepat pada cuk gerudi dan masukkannya kedalam lubang alatan belakang.
e. Hulurkan spindal alatan belakang tidak melebihi 25 mm dari badannya.
f. Bawa alatan belakang hampir dengan bahan kerja sehingga poin gerudi 6 mm dari bahan kerja.
g. Kunci tapak alatan belakang pada landasan mesin.
h. Pilih PPM yang sesuai berdasarkan saiz gerudi dan jenis bahan yang digerudi. Hidupkan mesin dan putarkan tuil alatan belakang dengan perlahan, mulakan operasi menggerudi sehingga diameter penuh sahaja.
MELOREK
Melorek atau dalm perkataan lain adalah membunga merupakan satu proses pembentukan corak pada sebatang silinder. Terdapat dua corak bunga, iaitu bentuk intan dan bentuk lurus. Bunga bentuk intan dibentuk pada bahagian-bahagian yang memerlukan pegangan yang tetap (tidak licin). Contohnya pemegang alat-alat pengukur. Bentuk lurus biasanya digunakan untuk menambahkan diameter silinder, dimana satu gegasan tekan diperlukan. Berikut adalah prosedur membunga/melorek dimesin pelarik :
a. Bahan kerja dipegang dengan kukuh pada cuk. Jika bahan kerja panjang, sokongkannya dengan tetengah mati. Jika lebih panjang lagi sokongkannya dengan sangga tetap ditengah.
b. Setkan alat membunga ditiang mata alat dengan pusat alat membunga sama tinggi dengan poin tetengah mati.
c. Laraskan kedudukan mata alat membunga bersudut tepat dengan paksi benda kerja.
d. Tankdakan bahagian yang hendak dibunga pada bahan kerja.
e. Setkan kelajuan mesin ¼ dari PPM yang biasa digunakan dan pilih kadar hantaran yang perlahan.
f. Laraskan kereta kehujung bahan kerja sehingga hanya setengah dari muka roda bunga sahaja terkena pada bahan kerja.
g. Gerakkan kekesot lintang dan kenakan roda bunga pada permukaan bahan kerja.
h. Hidupkan mesin dan beri kedalaman pemotongan 0.5 mm kepada bahan kerja atau sebelum menghidupkan mesin.
i. Hentikan mesin dan lihat keadaan corak yang dibentuk.
j. Gunakan pelincir pemotong untuk mengurangkan geseran dan membolehkan tatal keluar dengan mudah.
k. Gunakan hantaran automatik untuk menyiapkan proses membunga.
MELARIK TIRUS
Tirusan boleh dikatakan sebagai perubahan seragam diameter bahan kerja diukur selari dengan paksinya. Gegasa tiorusan adalah satu amalan pasangan yang popular kerana dengan kaedah ini komponen-komponen yang tirus boleh dipasang dan diceraikan dengan cepat dan tepat. Kaedah tirusan ini boleh dilihat pada pemasangan alat-alat seperti gerudi, tetengah, pelulas dan lain-lain. Terdapat empat kaedah membuat penirusaan iaitu menggunakan mata alat yang dibentuk tirus, me ggunakan kekesot bergabung, mengofset alatan belakang dan menggunakan pesawat pelarik tirus. Berikut adalah salah satu prosedur membuat larikan tirusan dengan menggunakan kekesot bergabung :
a. Periksa lukisan dan dapatkan sudut tirusan yang perlu dipotong.
b. Longgarkan nat kunci pada kekesot bergabung.
c. Kilaskan kekesot bergabung kepada sudut tirusan yang perlu dipotong. Peringatan : kekesot bergabung hanya disetkan kepada separuh sudut kandungan tirusan.
d. Ketatkan nat pengunci kekesot kergabung. Berhati-hati semasa mengetatkan nat pengunci ini kecil dan mudah rosak jika kuasa berlebihan digunakan.
e. Set mata alat tepat pada tinggi paksi mesin.
f. Dengan menggerakkan kereta dan kekesot lintang, bawa mata alat dekat dengan bahan kerja.
g. Mula potongan tirusan dengan menggerakkan tuil penghantar skru kekesot bergabung.
h. Periksa sudut tirusan yang dipotong dan jika betul siapkan kepada saiz yang dikehendaki.
Mesin –mesin yang baru sekarang tidak perlu lgi dikira dan dipasang dengan rangkaian-rangkaian gear. Walau bagaimanapun tiga lagi bahagian mesin perlu dipelajari sebelum boleh memotong ulir skru dimesin pelarik.
a. Setkan mesin sesuai unktuk memotong pic yang diperlukan.
b. Setkan mata alat pada ketinggian paksi mesin. Dengan menggunakan tolok tetengah laraskan mata alat supaya berkedudukan bersudut 90 dengan paksi bahan kerja.
c. Pilih PPM yang tepat untuk mengulir. Biasanya pada PPM 1/3 dari yang biasa digunakan untuk kerja melarik.
d. Hidupkan mesin dan kenakan mata alat pada bahan kerja.
e. Hetikan mesin. Setkan dial senggatan kekesot lintang dan kekesot bergabung kepada 0.
f. Undurkan mata alat dan kembalikannya kepermulaan seperti dalam langkah (b). berikan suapan 0.2 mm.
g. Lihat dial pada pedoman dan pasang nat belah pada kedudukan yang tepat sebelum mula memotong.
h. Hentikan mesin dan periksa pic yang dipotong dengan tolok pic.
i. Undurkan mata alat dan bawa mata alat kepermulaan ulir (langkah (d) dan (e) ).
j. Ulang operasi pemotongan sehingga ulir skru itu cukup dalam dan licin. Periksa pemasangan dan gegasan dengan tolok atau nat jodohnya.
MELARIK TAK SEPUSAT
Terdapat dua kaedah untuk melarik tak sepusat/melarik sipi iaitu dengan menggunakan cuk empat rahang dan kaedah memegang bahan kerja diantara tetengah.Berikut adalah langkah kerja melarik sipi dengan cuk empat rahang :
i. Buat penandaan pada sebelah permukaan bahan kerja.
j. Pegang bahan kerja pada cuk empat rahang. Bawa tetengah alatan belakang rapat dengan bahan kerja sehingga tetengah menyentuh titik tengah sipi yang telah ditandakan.
k. Kunci rahang cuk dengan ringan supaya kedudukan bahan kerja tidak berubah.
l. Periksa dan laraskan posisi bahan kerja supaya panjang sipi yang perlu dilarik itu keluar dari rahang untuk dimesin.
m. Kunci semua rahang dengan kuat.keluarkan alatan belakang.
n. Pegang mata alat yang sesuai dan laraskannya pada ketinggian paksi mesin.
o. Pilih PPM yang sesuai, biasanya 1/3 dari PPM biasa. Kelajuan PPM boleh ditambah bila larikan sipi hampir siap.
p. Larik sipi secara kasar dengan meninggalkan 0.75 mm untuk larikan penyudahan.
q. Tukar mata alat untuk lakukan larikan penyudahan. Pastikan panjang sipi itu berukuran tepat dengan melarik penampang.
r. Keluarkan bahan kerja dan lakukan penyudahan.
Operasi menggerek adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi. Lubang yang telah digerudi biasanya tidak sepusat dan saiz lubang luga tidak begitu tepat. Ini berlaku kerana semasa menggerudi, mata gerudi kadangkala menyeleweng apabila menemui bintik-bintik keras (hard spots) dan lubang-lubang pasir (sand holes). Untuk menghasilkan satu lubang yang lebih persis, berlokasi sepusat dengan bahan kerja dan mempunyai penyudahan yang licin, lubang tersebut perlu digerek dan kemudian diulas kesaiz yang tepat. Berikut adalah langkah pengendalian operasi menggerek :
a. Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin ( 1mm hingga 2mm.
b. Batang penggerek disetkan selari dengan arah hantaran yang diberikan.
c. Pemilihan dan kadar hantaran bergantung pada saiz lubang, bahan yang hendak digerek, jenis bahan mata alat dan ketegaran persediaan operasi tersebut.
Teknik dan kaedah menggerek secara konvensional akan mengalami tekanan keatas mata alat menggerek yang boleh menyebabkan bahan kerja terangkat, oleh yang demikian laraskan panjang batang mata penggerek sependek mungkin.
Operasi Menggerek
MENGGERUDI DIMESIN PELARIK
Bahan kerja yang dipegang pada cuk atau yang telah dipasang pada plat permukaan boleh digerudi dengan cepat dan tepat. Mata gerudi yang bertangkai turus boleh dipegang pada cuk gerudi dan dipasang pada tirusan dalam spindal alatan belakang. Berikut adalah langkah-langkah kerja menggerudi dimesin pelarik :
a. Buat penjajaran supaya tetengah hidup dan tetengah mati selari dengan paksi mesin.
b. Pasang bahan kerja .yang telah ditampang pada cuk mesin.
c. Gerudi lubang permulaan dengan lubang pusat.
d. Pasang gerudi yang tepat pada cuk gerudi dan masukkannya kedalam lubang alatan belakang.
e. Hulurkan spindal alatan belakang tidak melebihi 25 mm dari badannya.
f. Bawa alatan belakang hampir dengan bahan kerja sehingga poin gerudi 6 mm dari bahan kerja.
g. Kunci tapak alatan belakang pada landasan mesin.
h. Pilih PPM yang sesuai berdasarkan saiz gerudi dan jenis bahan yang digerudi. Hidupkan mesin dan putarkan tuil alatan belakang dengan perlahan, mulakan operasi menggerudi sehingga diameter penuh sahaja.
Proses Menggerudi
MELOREK
Melorek atau dalm perkataan lain adalah membunga merupakan satu proses pembentukan corak pada sebatang silinder. Terdapat dua corak bunga, iaitu bentuk intan dan bentuk lurus. Bunga bentuk intan dibentuk pada bahagian-bahagian yang memerlukan pegangan yang tetap (tidak licin). Contohnya pemegang alat-alat pengukur. Bentuk lurus biasanya digunakan untuk menambahkan diameter silinder, dimana satu gegasan tekan diperlukan. Berikut adalah prosedur membunga/melorek dimesin pelarik :
a. Bahan kerja dipegang dengan kukuh pada cuk. Jika bahan kerja panjang, sokongkannya dengan tetengah mati. Jika lebih panjang lagi sokongkannya dengan sangga tetap ditengah.
b. Setkan alat membunga ditiang mata alat dengan pusat alat membunga sama tinggi dengan poin tetengah mati.
c. Laraskan kedudukan mata alat membunga bersudut tepat dengan paksi benda kerja.
d. Tankdakan bahagian yang hendak dibunga pada bahan kerja.
e. Setkan kelajuan mesin ¼ dari PPM yang biasa digunakan dan pilih kadar hantaran yang perlahan.
f. Laraskan kereta kehujung bahan kerja sehingga hanya setengah dari muka roda bunga sahaja terkena pada bahan kerja.
g. Gerakkan kekesot lintang dan kenakan roda bunga pada permukaan bahan kerja.
h. Hidupkan mesin dan beri kedalaman pemotongan 0.5 mm kepada bahan kerja atau sebelum menghidupkan mesin.
i. Hentikan mesin dan lihat keadaan corak yang dibentuk.
j. Gunakan pelincir pemotong untuk mengurangkan geseran dan membolehkan tatal keluar dengan mudah.
k. Gunakan hantaran automatik untuk menyiapkan proses membunga.
Proses Melorek
MELARIK TIRUS
Tirusan boleh dikatakan sebagai perubahan seragam diameter bahan kerja diukur selari dengan paksinya. Gegasa tiorusan adalah satu amalan pasangan yang popular kerana dengan kaedah ini komponen-komponen yang tirus boleh dipasang dan diceraikan dengan cepat dan tepat. Kaedah tirusan ini boleh dilihat pada pemasangan alat-alat seperti gerudi, tetengah, pelulas dan lain-lain. Terdapat empat kaedah membuat penirusaan iaitu menggunakan mata alat yang dibentuk tirus, me ggunakan kekesot bergabung, mengofset alatan belakang dan menggunakan pesawat pelarik tirus. Berikut adalah salah satu prosedur membuat larikan tirusan dengan menggunakan kekesot bergabung :
a. Periksa lukisan dan dapatkan sudut tirusan yang perlu dipotong.
b. Longgarkan nat kunci pada kekesot bergabung.
c. Kilaskan kekesot bergabung kepada sudut tirusan yang perlu dipotong. Peringatan : kekesot bergabung hanya disetkan kepada separuh sudut kandungan tirusan.
d. Ketatkan nat pengunci kekesot kergabung. Berhati-hati semasa mengetatkan nat pengunci ini kecil dan mudah rosak jika kuasa berlebihan digunakan.
e. Set mata alat tepat pada tinggi paksi mesin.
f. Dengan menggerakkan kereta dan kekesot lintang, bawa mata alat dekat dengan bahan kerja.
g. Mula potongan tirusan dengan menggerakkan tuil penghantar skru kekesot bergabung.
h. Periksa sudut tirusan yang dipotong dan jika betul siapkan kepada saiz yang dikehendaki.
Mesin –mesin yang baru sekarang tidak perlu lgi dikira dan dipasang dengan rangkaian-rangkaian gear. Walau bagaimanapun tiga lagi bahagian mesin perlu dipelajari sebelum boleh memotong ulir skru dimesin pelarik.
Tiga bahagian itu adalah :
i. Kotak gear
-Fungsi utama kotak gear adalah untuk membolehkan pemilihan pc-pic yang perlu dipotong dengan cepat.
ii. Pedoman ulir skru
-Unit ini dipasang disebelah kereta dan mempunyai gear belitan yang dipasang pada skru pemandu.
iii. Nat belah
-Ia boleh dibuka dan dipasang pada skru pemandu melalui mekanisma alur sesondol. Apabila dicantumkan gerakan berputar skru pemandu ditukarkan kepada gerakan linear.
Berikut adalah tatacara mengulir dimesin pelarik bagi memotong benang kanan :
i. Kotak gear
-Fungsi utama kotak gear adalah untuk membolehkan pemilihan pc-pic yang perlu dipotong dengan cepat.
ii. Pedoman ulir skru
-Unit ini dipasang disebelah kereta dan mempunyai gear belitan yang dipasang pada skru pemandu.
iii. Nat belah
-Ia boleh dibuka dan dipasang pada skru pemandu melalui mekanisma alur sesondol. Apabila dicantumkan gerakan berputar skru pemandu ditukarkan kepada gerakan linear.
Berikut adalah tatacara mengulir dimesin pelarik bagi memotong benang kanan :
a. Setkan mesin sesuai unktuk memotong pic yang diperlukan.
b. Setkan mata alat pada ketinggian paksi mesin. Dengan menggunakan tolok tetengah laraskan mata alat supaya berkedudukan bersudut 90 dengan paksi bahan kerja.
d. Hidupkan mesin dan kenakan mata alat pada bahan kerja.
e. Hetikan mesin. Setkan dial senggatan kekesot lintang dan kekesot bergabung kepada 0.
f. Undurkan mata alat dan kembalikannya kepermulaan seperti dalam langkah (b). berikan suapan 0.2 mm.
g. Lihat dial pada pedoman dan pasang nat belah pada kedudukan yang tepat sebelum mula memotong.
h. Hentikan mesin dan periksa pic yang dipotong dengan tolok pic.
i. Undurkan mata alat dan bawa mata alat kepermulaan ulir (langkah (d) dan (e) ).
j. Ulang operasi pemotongan sehingga ulir skru itu cukup dalam dan licin. Periksa pemasangan dan gegasan dengan tolok atau nat jodohnya.
Prosedur Memotong Ulir Vee
MELARIK TAK SEPUSAT
Terdapat dua kaedah untuk melarik tak sepusat/melarik sipi iaitu dengan menggunakan cuk empat rahang dan kaedah memegang bahan kerja diantara tetengah.Berikut adalah langkah kerja melarik sipi dengan cuk empat rahang :
i. Buat penandaan pada sebelah permukaan bahan kerja.
j. Pegang bahan kerja pada cuk empat rahang. Bawa tetengah alatan belakang rapat dengan bahan kerja sehingga tetengah menyentuh titik tengah sipi yang telah ditandakan.
k. Kunci rahang cuk dengan ringan supaya kedudukan bahan kerja tidak berubah.
l. Periksa dan laraskan posisi bahan kerja supaya panjang sipi yang perlu dilarik itu keluar dari rahang untuk dimesin.
m. Kunci semua rahang dengan kuat.keluarkan alatan belakang.
o. Pilih PPM yang sesuai, biasanya 1/3 dari PPM biasa. Kelajuan PPM boleh ditambah bila larikan sipi hampir siap.
p. Larik sipi secara kasar dengan meninggalkan 0.75 mm untuk larikan penyudahan.
q. Tukar mata alat untuk lakukan larikan penyudahan. Pastikan panjang sipi itu berukuran tepat dengan melarik penampang.
r. Keluarkan bahan kerja dan lakukan penyudahan.
No comments:
Post a Comment