KAEDAH MEMEGANG BAHAN KERJA DI MESIN LARIK


Kaedah memegang bahan kerja dengan bindu Jenis-jenis muncung spindal

Terdapat tiga jenis muncung spindal yang biasa terdapat pada mesin pelarik. Aksesori seperti pelbagai jenis cuk dan piring pelarik dipasang pada muncung ini. Tiga jenis muncung spindal adalah :

(1) Jenis berulir

Muncung spindal jenis berulir biasanya terdapat pada mesin-mesin kecil dan yang lama. Ulir yang terdapat pada muncung ini biasanya dari jenis bentuk ‘V’. Satu plat penyesuai yang mempunyai ulir dalam dan bentuk yang sama, dipasang pada belakang cuk. Semasa memmasang cuk ini pada muncung spindal dua perkara yang perlu diperhatikan ialah :

(a) Ulir luar dan dalam mestilah bersih. Kalau tidak pemasangan akan menjadi tidak tepat.

(b) Ulir luar pada muncung spindal tidak rosak atau sumbing, kerana ini akan menyebabkan cuk tidak boleh dipasang.


(2) Jenis tirus Amerika

Muncung spindal ini bertirus piawai Amerika iaitu 89 mm untuk setiap 305 mm (3.5 inci untuk setiap kaki). Tirus ini tajam dan membolehkan aksesori seperti cuk dan pirin pelarik dibersih dan dipasang atau ditanggal dengan pantas. Satu kekunci pada muncung tirusdigunakan untuk menempatkan cuk atau piring pelarik pada kedudukan yang tepat. Gelang kekunci yang berulir itu pula digunakan untuk mengikat cuk pada spindal utama mesin.


(3) jenis Kam-Lock

Permukaan muncung spindal ini mempunyai tiga atau enam lubang telusan. Fungsi lubang ini adalah untuk menempatkan dan mengunci stad kekunci sesondol yang ada pada aksesori yang perlu dipasang. Separa putaran kam-lock akan melepaskan stad ini dan membolehkan aksesori itu dikeluarkan dengan mudah dan cepat. Dari segi penggunaan, jenis kam-lock adalah cepat jika dibandingkan dengan yang lain.



Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk tiga rahang
Rajah dibawah menunjukkan tiga kaedah digunakan untuk memegang bahan kerja dengan cuk tiga rahang. Walaubagaimanapun berhati-hatilah semasa menggunakan kaedah seperti ditunjukkan dalam rajah (a) dan (c) kerana kaedah ini bahan kerja munngkin tergelincir keluar jika hantaran dan kedalaman pemotongan berlebihan dilakukan. Bahan kerja bulat dan berbentuk heksagon boleh dipegang dengan cuk tiga rahang.



Kaedah Memegang Dengan Cuk Tiga Rahang




Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk empat rahang

Rajah dibawah menunjukan tiga kaedah yang digunakan untuk memegang bahan kerja dengan cuk empat rahang. Bahan kerja boleh dipegang dengan lebih persis dengan cuk jenis ini dari cuk tiga rahang. Pemusatan bahan kerja secara kasar boleh dilakukan dengan bantuan lengkung sepusat yang ada pada muka cuk. Dua cara yang lebih persis adalah dengan bantuan tolok permukaan dan tolok dail.


Kaedah Memegang Dengan Cuk Empat Rahang



Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk kolet

Rajah dibawah menunjukkan kaedah memegang bahn kerja dengan cuk kolet jenis ‘draw back’. Cuk kolet ini biasanya digunakan untuk memegang dan memesin komponen-komponen yang kecil dengan cepat dan tepat. Untuk mengunci, bar penarik diputarkan dan ini menyebabkan kolet ditarik ke dalam sarung tirus. Proses ini membolehkan kolet mencengkam bahan kerja dengan lebih jitu dan tepat.



Memegang Bahan Kerja Dengan Cuk Kolet




Kedah memegang dengan sangga tetap

Rajah dibawah menunjukkan kaedah memegang bahan kerja dengan sangga tetap. Aksesori ini palingsesuai sekali digunakan untuk menyokong bahan kerja yang panjang dan yang perlu dimesin pada hujungnya. Biasanya bahan kerja yang ukuran panjangnya 3 kali ganda diameter perlu disokong oleh sangga atau tetengah untuk mengelak bahan kerja dari bengkok atau memegas (spring).

                                        


Kaedah Memegang Dengan Sangga Tetap




Kaedah memegang dengan sangga bergerak

Rajah dibawah menunjukkan kaedah penggunaan sangga bergerak semasa melarik bahan kerja yang panjang. Sanggabergerak mengelakkan bahan kerja memegas pada kedudukan mata alat semasa proses memesin sedang dijalankan. Amat sesuai digunakan semasa melarik selari pada bahan kerja yang berdiameter kecil dan panjang. 


Kaedah Memegang Dengan Sangga Bergerak



Lelabah

Rajah dibawah menunjukkan sebuah lelabah (spider) dan penggunaannya. Lelabah biasanya digunakan untuk menyokong paip atau tiub yang panjang. Satu hujung dipegang pada cuk tiga rahang dan satu lagi dipasang dengan lelabah. Pada pusat lelabah terdapat lubang tetengah dimana tetengah dipasangkan.


Lelabah




Kepala kekucing

Rajah dibawah menunjukkan kepala kekucing. Alat ini perlu digunakan bersama dengan sangga tetap. Kepala kekucing berfungsi sebagai penyokong dan pengalas untuk syaf yang panjang. Syaf ini mungkin telah dimesin dengan jitu dan licin. Dengan penggunaan kepala kekucing permukaan syaf boleh dielak dari tercalar semasa melarik. Syaf panjang yang berbentuk heksagon juga boleh dipasang dengan kepala kekucing supaya dapat disangga dengan mudah.


Kepala Kekucing












No comments:

Post a Comment